Bukan la sekarang. Tapi proses "merisik" dah selesai. Sebenarnya tak payah merisik pun, pasal confirm2 la kitorang memang dah kenal lama dan bercadang untuk kahwin. Tapi this is more for the benefit of our families. Nak bagi our immediate family members kenal each other.
At first I wanted to have it later, nearer to the wedding date, so that tak payah bertunang. Tapi sebab issue tertentu, terpaksa percepatkan, supaya relationship nih tak ke tong sampah je.
Next is majlis pertunangan. Yang ni pulak adalah requirement mak bapak aku supaya orang tak mengata. Kononnya kalau terus kahwin tanpa bertunang, nanti orang cakap dah terlanjur la, bunting la... Jadi, untuk mengelakkan kontroversi, majlis pertunangan telah ditetapkan pada 19.02.2012.
Ye, tarikh 19.02.2012 tu tak cantik pun. Tarikh cantik tu tak penting bagi aku. Aku cuma nak kahwin!