Sunday, July 03, 2011

Phone i i-Phone

Selepas tak sampai setahun ber-eksperimen dengan HTC Touch Diamond (kononnya nak test skill jari dan guna feature canggih sket seperti kamera dan opera mini) aku dah pun move on ke i-Phone 4, yang sebenarnya aku tak tau guna langsung pun kelmarin.

Alkisah punca kejadian ialah seorang demi seorang complaint pasal phone aku sepanjang minggu nih. Somehow bila aku call orang atau orang call aku, suara aku dengar sayup-sayup malu kucing seolah-olah aku ada kat North Pole. Selama nih memang bf aku complaint memanjang pasal masalah mic phone aku nih, tapi aku buat tak tau je. But since tiba-tiba ramai sangat complaint, aku tak bleh la buat tak tau lagi kan, so aku pun beli la phone idaman kebanyakan orang lain iaitu i-Phone.


Reason sebenar kenapa aku beli i-Phone ialah sebab aku rasa kamera dia agak berkualiti. Memandangkan aku tak pernah periksa kualiti kamera phone lain, aku tak bleh nak buat comparison la kan? So, secara default, memang i-Phone je la pilihan yang ada.

Ternyata ia pilihan yang bijak, sebab walaupun aku bangang gila bab teknologi dan tak pandai snap gambar, i-Phone banyak free apps yang boleh tolong enhance gambar-gambar yang buruk itu.

Aku dalam fasa eksperimen lagi, so gambar tak smooth. Tapi for the purpose of mobile viewing, aku rasa memang dah excellente ;)

To be continued!

No comments: